• Breaking News

    03 November 2016

    4 cara untuk perancangan insurance anak-anak anda.

    insurance anak-anak

    4 cara untuk perancangan insurance anak-anak anda | Saya sangat pasti setiap ibubapa mahukan yang terbaik untuk mereka. Anak-anak adalah 1 anugerah yang tidak terhingga daripada yang maha esa. Oleh yang demikian, setiap pasangan pastinya akan merasa runsing bilamana berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak-anak mereka seperti jatuh sakit. Dan bila ini terjadi, perkara yang paling utama akan timbul, iaitu wang! Disinilah kepentingan insurance nyawa!

    Sebagai ibubapa, pastinya mahukan rawatan dan penjagaan yang terbaik buat anak-anak mereka. namun, akibat daripada kesan ekonomi yang semakin menekan kehidupan ramai orang, kos rawatan menjadi semakin mahal! Dan sinilah masalah wang akan menjadi sangat besar!

    Namun, ada 1 jalan penyelesaian untuk berhadapan dengan masalah seperti ini, iaitu menyediakan portfolio insurance nyawa yang mencukupi untuk anak-anak, dan! Bukan sahaja untuk anak-anak sahaja malahan untuk seisi keluarga. Namun ada 1 masalah yang sering kali menghantui ibubapa. Bagaimana untuk memastikan perancangan insurance untuk anak-anak ini tidak menganggu perbelanjaan harian keluarga.

    Saya cuba senaraikan 4 langkah yang boleh di ambil kira untuk memastikan portfolio insurance nyawa anak-anak dan anda mampu bertahan daripada setiap tekanan kewangan.

    #1. Ambil insurance nyawa secepat yang mungkin.

    Ini adalah kerana, semakin lewat kita menyediakan polisi insurance untuk mereka, semakin banyaklah yang perlu kita bayar. Jika kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita, kita perlu serius untuk cepat mendapatkan pelan insurance untuk mereka.

    Pemegang polisi yang lebih muda adalah lebih berisiko rendah dan premium insurance mereka juga adalah lebih rendah berbanding mereka yang sudah dewasa. Ini adalah disebabkan oleh, peratusan mereka yang masih muda untuk menghidapi penyakit adalah rendah. Oleh yang demikian, mereka kurang cenderung untuk mengalami masalah kesihatan.

    Namun, ibubapa juga perlu tahu, bayi dan juga kanak-kanak sekolah sangat berisiko tinggi kerana mereka adalah lebih mudah terdedah kepada penyakit dan kemalangan. Jadi adalah sangat penting untuk menyediakan polisi insurance yang terbaik untuk mereka.

    #2. Mengurus premium insurans yang semakin meningkat.

    Dengan keadaan ekonomi yang semakin menekan dan ditambah lagi dengan kos perubatan yang semakin meningkat akan mengakibatkan premium insurans juga akan semakin mahal!

    Namun, dengan mendapatkan pelan berkaitan pelaburan, ianya membolehkan kita untuk “lock in” premium insurans untuk anak-anak kita dan menjadikan ianya jauh lebih murah dalam jangka masa yang panjang! Ini akan membuatkan ibubapa mudah untuk merancang kewangan keluarga.

    Walaupun dengan peningkatan harga premium perlindungan saban tahun, ibubapa tidak akan terkesan dengannya kerana polisi insurance nyawa yang disediakan untuk anak-anak ini.

    #3. Perlindungan berskala dan pelaburan mengikut peringkat hidup.

    Sesuatu yang kebanyakan orang tidak sedar adalah bahawa insurans nyawa adalah benar-benar asas kepada keselamatan kewangan. Dan keselamatan kewangan adalah salah satu blok bangunan kewangan sebuah keluarga yang stabil.

    Salah satu warisan yang terbaik yang boleh diberikan kepada anak-anak adalah rangsangan kewangan apabila mereka memerlukan wang, sama ada untuk pendidikan tinggi, atau untuk memulakan kerja. Walau bagaimanapun, berikutan peningkatan kos sara hidup dan juga mengimbangi matlamat dan keperluan kewangan yang lain, ibu bapa mungkin akan mengalami kesukaran untuk menyimpan wang untuk masa depan anak-anak mereka.

    Dengan mengambil polisi semua dalam satu, ibubapa boleh mengetepikan wang untuk simpanan anak-anak semenjak mereka kecil. Seperti mana-mana pelaburan, adalah disyorkan untuk anda mengkaji polisi anda dan melihat sama ada syarikat insurans tersebut ada memperuntukkan premium untuk pelaburan dan perlindungan mengikut keperluan keluarga anda.

    Mengkaji polisi anda secara berkala juga membolehkan anda untuk memastikan wang anda bekerja sekeras mungkin pada dana pelaburan yang betul.

    #4. Satu pelan untuk semua.

    Jika anda mempunyai masalah di dalam menjaga kesemua polisi insurans yang anda dan ahli keluarga anda ada, anda mungkin termasuk di dalam masalah berkaitan kewangan. Bila anda tersalah memilih polisi insurance nyawa, anda menghabiskan beratus-ratus (atau mungkin beribu-ribu) Ringgit bagi melindungi diri daripada kejadian yang tidak mungkin berlaku.

    Oleh yang demikian, kenal pasti apakah jenis perlindungan yang anda inginkan sebelum mengambil apa-apa polisi insurance. Antara polisi insurans asas yang seseorang perlu adalah kehidupan, perubatan, insurans penyakit kritikal, auto dan insurans kemalangan diri.

    Baiklah, inilah 4 cara untuk perancangan insurance anak-anak anda yang boleh aku kongsikan sebagai panduan ibubapa di dalam membuat perancangan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu kalian semua. Terima kasih.

    No comments:

    Post a Comment