• Breaking News

    04 November 2016

    Adakah anda sudah mengambil insurance perumahan?

    Insurance Perumahan Yang Bagus

    Adakah anda sudah mengambil insurance perumahan? | Ramai yang masih kurang jelas dengan insurance perumahan ini. Antara keraguan mereka adalah, untuk kegunaan apakah insurance itu berbanding dengan insurance nyawa. Mempunyai rumah adalah impian semua orang namun berhadapan dengan suatu situasi di luar pemikiran manusia adalah satu mimpi ngeri. Ayuh kita kenal pasti apakah sebenarnya perlindungan yang boleh kita perolehi daripada insurance perumahan ini.

    Kebakaran atau bencana alam adalah perkara yang mampu meragut keselesaan anda di rumah. Dan tanpa apa-apa perlindungan, kita tidak akan mampu berhadapan dengan perkara seperti ini. Melalui polisi insurance yang betul, ianya mampu melindungi rumah kita dan keseluruhan kandungannya daripada kesan daripada musibah tersebut

    Insurance perumahan juga dapat melindungi kita daripada kes-kes kecurian, perbelanjaan perubatan untuk kita dan keluarga kita. Ianya boleh dianggap sebagai suatu yang sama penting dengan insurance nyawa. Ayuh kita lihat bagaimana ianya berfungsi.

    3 jenis polisi insurance perumahan.

    Terdapat 3 jenis polisi utama yang boleh kita beli untuk melindungi rumah kita.

    Polisi kebakaran asas : Perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan kepada harta yang diinsuranskan yang disebabkan oleh kebakaran, kilat atau letupan.

    Polisi pemilik rumah : Meliputi kandungan isi rumah dan termasuk perlindungan untuk kecederaan maut kepada anda yang diinsuranskan, tetapi ia tidak melindungi kerosakan kepada rumah itu sendiri.

    Polisi isi rumah : Perlindungan tambahan termasuk kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh banjir, paip pecah, dan lain-lain.

    Perlu diingatkan juga bahawa perlindungan insurance anda bukan atas nilai harta itu tetapi untuk kos membina semula dan menggantikan kandungannya dan pada masa yang sama memastikan anda dan keluarga anda dilindungi juga. 

    Oleh itu, jika anda ingin mempunyai perlindungan komprehensif untuk rumah anda dan kandungannya, anda perlu membeli polisi pemilik rumah dan polisi isi rumah.

    Memilih polisi insurance yang betul.

    Kebanyakan orang hanya membaca polisi mereka apabila mereka ingin membuat tuntutan insurance. Malangnya, pada masa ini ia sudah terlambat. Tuntutan mereka tidak boleh dibayar dan mereka perlu membayar kos pembaikan yang besar dan semuanya datang daripada poket mereka sendiri. 

    Itulah sebabnya adalah sangat penting untuk mencari insurance yang betul yang akan melindungi anda mengikut keperluan anda.

    Ketika memilih insurance, pertimbangkan untuk menjawab soalan-soalan ini:

    • Apakah jenis bencana yang dilindungi insurance tersebut.
    • Bagaimana mereka *pihak insurance* menentukan setiap bencana?
    • Berapa banyak jumlah perlindungan yang diberikan oleh pihak insurance.
    • Adakah insurance tersebut menyediakan perlindungan yang cukup untuk membina semula rumah atau kos-kos tambahan yang memungkinkan anda untuk menanggungnya?
    • Di dalam keadaan tertentu, apakah syarikat insurance akan menolak tuntutan anda?
    Jika anda tidak pasti, sentiasa bertanya kepada agent insurance anda untuk mendapatkan kepastian dengan setiap perkara ini. Hanya apabila anda benar-benar pasti apa yang dimasukkan dan apa yang tidak, barulah anda membuat keputusan untuk membeli polisi tersebut. Ini akan mengelakkan pertikaian pada masa akan datang apabila keperluan untuk menuntut insurance tersebut timbul.

    Apa yang perlu anda lakukan apabila mendapat polisi insurance perumahan.

    Bagi mereka yang menyimpan barang-barang berharga di rumah, seperti koleksi barangan edisi terhad, adalah lebih baik jika anda membeli polisi isi rumah. Sebaik sahaja anda telah membeli polisi anda, di sini adalah apa yang perlu dilakukan:

    Senaraikan item yang anda mahu dilindungi
    • tahun dibeli
    • model no
    • nilai

    Kemudian ambil gambar dan sertakan sekali bil atau kad jaminan *warranty card*.

    Apa yang perlu dilakukan selepas bencana?

    Jika rumah anda rosak akibat bencana, berikut adalah langkah-langkah yang anda perlu ambil:

    • Ambil gambar kerosakan.
    • Buat senarai kerosakan barang.
    • Hubungi pihak insurance untuk membuat tuntutan.
    • Periksa dahulu dengan pihak insurance apakah ada perlindungan pada setiap kerosakan.
    • Mulakan proses pembaikan kerosakan.


    Bagaimana untuk memfailkan tuntutan insurance rumah?

    Pemberitahuan awal adalah perlu bagi mengelakkan sebarang prasangka terhadap tuntutan anda. Syarikat insurance akan menjadi curiga jika anda mengambil masa yang lama untuk melaporkan kerugian anda, dan tuntutan anda akan mengambil masa yang lama untuk siasatan selesai.

    Apabila ingin melakukan tuntutan, ini yang anda perlu buat:

    Hantarkan tuntutan anda beserta:

    • Detail kemalangan
    • Kerosakan
    • Dokumen sokongan

    Pihak insurance akan menghantar seorang pegawai untuk memeriksa kerosakan dan membuat sebut harga bagi keseluruhan kerosakan.

    Jika berlaku kerosakan peralatan elektrik, kemukakan bil pembaikan untuk pembayaran balik.

    • Jika anda perlu membuat pembaikan kecil, seperti menggantikan pintu depan bertujuan untuk mencegah kecurian, anda perlu memastikan bahawa proses ini dijalankan dengan segera dan bil-bil disimpan sebagai sebahagian daripada tuntutan anda.
    • Sebaliknya jika pembaikan besar diperlukan, seperti membina semula dinding, anda perlu mendapatkan anggaran pembaikan yang diperlukan dan menghantar kepada syarikat insurans anda untuk mendapatkan kelulusan sebelum memulakan pembaikan.


    Dapatkan insurans perumahan anda hari ini!

    Pastikan anda mempunyai perlindungan rumah dan kandungan insurance yang betul dan pastikan juga, rumah anda diinsuranskan terhadap bencana alam. Bandingkan polisi dan premium dari beberapa syarikat insurance terlebih dahulu sebelum memilih yang terbaik dan sesuai dengan keperluan anda. Sentiasa membandingkan sekurang-kurangnya tiga polisi sebelum anda membuat keputusan.

    Anda mungkin berfikir bahawa anda tidak memerlukan sebarang insurance jika anda tinggal di sebuah rumah sewa. Ini adalah tidak betul! Rumah itu dimiliki oleh tuan rumah tetapi kandungannya adalah milik anda. Jadi, anda perlu mengambil insurance terhadap apa-apa kerosakan kepada kandungan rumah anda.

    Jika anda tinggal di sebuah apartmen atau kondominium, kemungkinan rumah anda telah dilindungi terhadap kerosakan. Pihak pengurusan biasanya menginsurancekan bangunan dan dimasukkan kedalam bayaran bulanan yang perlu dibayar oleh penduduk. Pastikan anda mendapatkan salinan sijil individu insurance anda untuk menyemak perlindungan yang diambil di bawah polisi induk oleh pihak pengurusan kondominium anda.

    Rumah anda adalah salah satu pelaburan kewangan yang terbesar yang anda buat, dan alasan itulah, kenapa insurance perumahan adalah sangat penting untuk melindunginya!

    No comments:

    Post a Comment