• Breaking News

    07 November 2016

    5 Perkara yang tidak dilindungi oleh insurance kenderaan anda.

    Perkara yang tidak dilindungi oleh insurans kenderaan

    5 Perkara yang tidak dilindungi oleh insurans kenderaan anda | Walaupun setiap kenderaan di wajibkan untuk memiliki perlindungan insurance, namun hampir kebanyakkan orang tidak mengetahui apakah jenis perlindungan yang ditawarkan oleh insurance kenderaan tersebut. Secara umumnya, terdapat 3 jenis insurance iaitu perlindungan Pihak Ketiga * Third Party Cover*, Pihak Ketiga * Third Party*, Kebakaran dan Kecurian dan Perlindungan Komprehensif, di mana setiap perlindungan merangkumi liputan yang berbeza untuk pemandu dan kenderaan bermotor mereka.

    Ramai orang benar-benar faham mengenai insurance kenderaan mereka hanya melalui cerita daripada orang-orang sekeliling. Disini, kami akan menerangkan beberapa tanggapan yang salah mengenai perlindungan insurans auto anda.

    #1. Perlindungan kepada Kematian atau kecederaan kepada diri sendiri (pemandu) dan penumpang.

    Pihak pertama *First party* (termasuk penumpang) yang mengalami kecederaan dan kematian dalam kemalangan jalan raya sebenarnya tidak dilindungi. Tiada pampasan akan diberikan untuk sebarang trauma atau kematian oleh pihak pertama.

    Dan disinilah pentingnya insurance nyawa dan perlindungan kesihatan.

    #2. Perlindungan kepada Pengubahsuaian dan aksesori.

    Ramai daripada kita lebih cenderung untuk melakukan pengubahsuaian kenderaan. Namun tahukah anda bahawa, apabila kenderaan anda terlibat di dalam kemalangan, ianya tidak boleh dituntut sebagai ganti rugi daripada pihak insurance? Melainkan anda memaklumkan mengenai pengubahsuaian ini dan akan menyebabkan bayaran premium anda menjadi lebih tinggi.

    Oleh yang demikian, elakkan pengubahsuaian yang terlalu mahal atau menambah aksesori yang mahal sekiranya tidak mahu bersedih 1 hari nanti jika kenderaan anda terlibat di dalam kemalangan.

    #3. Kerosakan yang disebabkan oleh banjir, tanah runtuh, dan ribut boleh dituntut.

    Jika anda ada berfikir seperti ini, sila berfikir sekali lagi. Dalam kebanyakan standard dasar yang komprehensif, kerosakan kenderaan yang disebabkan oleh kejadian semula jadi adalah tidak diinsuranskan! Melainkan anda menambah perlindungan insurance tambahan kenderaan anda.

    Jika tidak, adalah dinasihatkan untuk sentiasa mengelakkan berada di kawasan yang mudah terdedah kepada kejadian alam ini. Sentiasa letakkan kenderaan anda di kawasan yang lebih tinggi dan elakkan laluan yang berisiko mengalami tanah runtuh.

    #4. Perlindungan kepada Kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian penumpang.

    Sentiasa ingatkan penumpang anda, terutamanya pada mereka yang cenderung untuk menjadi cuai. Sentiasa berwaspada ketika anda sedang memandu di jalan raya. Ini adalah kerana Apa-apa kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian penumpang sangat mungkin tidak dilindungi oleh insurans auto anda.

    Di antara kemalangan kecuaian penumpang adalah membuka pintu kenderaan tanpa memastikan ada kenderaan lain yang lalu ketika itu dan mengakibatkan kerosakan pada kenderaan. Oleh yang demikian, sekali lagi! Sentiasa ingatkan penumpang anda untuk sentiasa berhati-hati dalam apa jua keadaan.

    #5. Perlindungan kepada kes kecurian dalam kereta anda.

    Anda tidak akan diberikan pampasan atas sebarang kehilangan barang peribadi dari kereta anda. Sentiasa ingat untuk tidak meninggalkan barang-barang berharga anda di dalam kereta atau meletakkan beg anda di bahagian yang mudah dilihat oleh orang lain.

    Seringkali kita dengar mengenai kejadian pecah kereta dan pemiliknya mengalami kerugian akibat kehilangan wang, telefon bimbit, laptop dan pelbagai lagi. Harus di ingat, kerugian ke atas barang-barang ini tidak boleh dituntut.

    Jadi inilah 5 Perkara yang tidak dilindungi oleh insurance kenderaan anda.Jangan terlalu cepat bergantung kepada insurance jika kenderaan anda terlibat dengan mana-mana kejadian seperti yang dinyatakan di atas. Sentiasa periksa terlebih dahulu mengenai jenis perlindungan yang ditawarkan. Jika tidak, sila ambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan diri anda berada di kawasan-kawasan yang berisiko. Dan sentiasa berhati-hati dengan barangan berharga di dalam kenderaan anda.

    No comments:

    Post a Comment