• Breaking News

    03 November 2016

    Apakah polisi insurance nyawa yang sesuai untuk saya?

    polisi insurance nyawa yang sesuai

    Apakah polisi insurance nyawa yang sesuai untuk saya? | Soalan ini di antara soalan yang paling top orang akan tanya, apa ye polisi insurance yang sesuai untuk saya? Saya tak tahu nak pilih yang mana. Apa yang terbaik untuk saya? Dan disini korang akan lihat, seorang agent insurance itu akan membentangkan kesemua polisi yang ada kepada korang. Dan pasti di pengakhirannya nanti, korang akan tanya semula, apa ya polisi insurance nyawa yang terbaik untuk saya?

    Hari ini aku akan cuba terangkan bagaimana korang boleh memilih polisi insurance nyawa yang sesuai bergantung kepada keperluan kewangan korang dan keluarga korang untuk masa kini dan masa hadapan.

    Orait. Kita bermula dengan mereka yang masih bujang dahulu. Apakah polisi insurance nyawa yang sesuai untuk orang bujang. Ini jawapannya:

    -Jenis perlindungan yang disarankan oleh orang bujang adalah insurance nyawa seumur hidup dan dalam tempoh tertentu. Kalau yang nak ambil untuk tempoh seumur hidup tu, mereka adalah dari kalangan yang inginkan perlindungan seumur hidup mereka. Manakala bagi yang memilih untuk ambil perlindungan dalam tempoh tertentu pula adalah mereka yang mempunyai matlamat kewangan tertentu.

    Yang keduanya pula adalah mereka yang baru mendirikan rumah tangga.

    -Jenis polisi yang disarankan bagi golongan ini adalah insurans berkaitan perlaburan dan juga insurance nyawa seumur hidup. Ini adalah kerana, polisi berkaitan perlaburan adalah untuk simpanan masa hadapan bagi kedua-dua pasangan. Ia juga termasuk bagi perancangan cukai dan perlindungan jika berlaku kematian.

    Seterusnya adalah pasangan yang memiliki anak.

    -Jenis perlindungan bagi kelompok ini adalah insurance bertempoh dan juga semestinya insurance nyawa seumur hidup. Sama juga seperti golongan yang baru mendirikan rumah tangga tadi. Ianya adalah sebagai perancangan cukai, keperluan masa hadapan dan pendidikan anak-anak mereka kelak.

    Bagi mereka yang akan bersara.

    -Bagi mereka yang ingin bersara, jenis perlindungan yang disarankan adalah endowmen dan anuiti nyawa. Jenis perlindungan ini adalah bertujuan untuk simpanan bagi persaraan mereka kelak dan juga sebagai pelan jaminan diri.

    Akhir sekali adalah untuk persara.

    -Bagi mereka yang berada di dalam kelompok ini, jenis polisi insurance yang di sarankan adalah anuiti nyawa dan juga insurance nyawa bertempoh. Ianya bertujuan untuk simpanan perbelanjaan perubatan dan pendapatan yang berterusan buat diri mereka.

    Perlu juga aku beritahu di sini, insurance nyawa adalah satu perlindungan yang penting masa kini bagi semua orang. Tidak kiralah semasa kecil, remaja, dewasa dan warga emas. Namun harus diingatkan juga, semakin banyak tanggungan, semakin tinggi nilai polisi atau jumlah insurance korang. Dan nilai bayaran polisi insurance juga semakin meningkat saban tahun.

    Jadi adalah sangat penting untuk kita mendapatkan insurance nyawa yang secukupnya untuk diri dan keluarga kita. Dan pastikan juga, ketika kita memilih polisi insurance nyawa, kita harus mempertimbangkan polisi yang paling untuk diri dan orang sekeliling kita. Dan jika korang masih ragu-ragu mengenai Apakah polisi insurance nyawa yang sesuai untuk korang, boleh rujuk semula pada penerangan di atas.

    Akhir kata, tiada nilai yang boleh kita letak untuk nyawa seseorang. Kerana ianya tidak ternilai. Namun dengan adanya insurance nyawa, ianya mampu memberikan pelindungan kepada orang yang tersayang untuk meneruskan kehidupan di dalam kehidupan yang semakin sukar ini. Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat membantu korang di dalam memilih apakah insurance nyawa yang terbaik untuk diri.

    No comments:

    Post a Comment