• Breaking News

    02 November 2016

    Selamat datang ke Blog Insurance Nyawa.

    Selamat datang ke Blog

    Selamat datang ke Blog Insurance Nyawa | Selamat datang sekali lagi aku ucapkan kepada semua pengunjung blog insurance nyawa. Aku perkenalkan dahulu diri aku terlebih dahulu. Nama aku Haffizuliskandar. Pemilik blog ceritaejoy. Sebuah blog personal yang berkongsikan segala perihal sekeliling. Sebuah blog tanpa niche sebenarnya. Dan atas alasan, aku ingin sebuah blog dengan niche, maka lahirlah blog insurance nyawa ini.

    Kenapa memilih blog dengan niche insurance?

    Kenapa? Jawapannya adalah kerana insurance adalah high paying keywords. hahaha. Bukan-bukan. Tapi mungkin juga ianya adalah salah sebab. hehe. Aku memilih untuk buat blog dengan niche insurance adalah kerana ianya semakin hari semakin mendapat tempat di kalangan ramai orang. Ini adalah kerana, insurance nyawa kini di lihat sebagai 1 keperluan bagi setiap orang.

    Lihat sahajalah pada keadaan ekonomi ketika ini. Ketika semua harga barangan naik, kos bagi perubatan juga semakin mahal. Tak semua orang mempunyai simpanan yang cukup untuk mereka atau ahli keluarga mereka apabila berlaku sesuatu yang tidak di ingini. Dan jawapan kepada permasalahan ini adalah, Insurance!

    Insurance nyawa di lihat sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang di anggap sangat besar ini. Selain daripada kemudahan lain seperti urusan yang mudah ketika mendaftar masuk ke hospital serta pampasan buat pelangannya. Selain itu, insurance juga dilihat sebagai 1 tabung simpanan buat semua.

    Dan atas alasan itulah, aku memilih niche insurance dan lahirlah sebuah blog insurance nyawa ini. Aku cuba untuk kongsikan segala info tentang insurance di blog ini. Aku juga mengalu-alukan pendapat dan juga sumbangan ilmu serta penulisan daripada sesiapa sahaja yang sudi. Semoga dengan itu, kita dapat menjelaskan lagi pelbagai persoalan orang ramai mengenai insurance ini.

    Akhir kata, semoga semua akan memperolehi ilmu daripada blog ini. Dan segala tutur kata yang mungkin menguris hati kalian, aku mohon maaf. Segala yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk datangnya daripada diri aku sendiri. Semoga blog ini akan terus maju. InsyaAllah. Amin.

    No comments:

    Post a Comment