• Breaking News

    10 November 2016

    Perancangan Insurance Untuk Pasangan Berkahwin.

    Insurance Perlindungan Diri

    Perancangan Insurance Untuk Pasangan Berkahwin | Ramai pasangan tidak sabar menanti hari bahagia mereka hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan hari istimewa mereka berlaku tanpa apa-apa halangan. Namun ramai yang terlepas pandang untuk menyediakan Insurance Perlindungan Diri buat kedua-dua pasangan. Mimpi indah boleh berubah menjadi mimpi ngeri apabila tiba-tiba berlaku sesuatu yang tidak diingini.

    Perlindungan Insurance Terbaik.

    Diantara perkara yang paling menakutkan adalah kehilangan pendapatan secara tiba-tiba akibat kejadian yang tidak diduga seperti penyakit dan kematian secara tiba-tiba. Ini boleh memusnahkan perkahwinan anda terutamanya apabila pasangan anda bergantung hidup sepenuhnya dengan anda dari segi kewangan.

    Disinilah pentingnya untuk setiap pasangan menyediakan Insurance Perlindungan Diri terbaik yang dapat melindungi mereka dari segala perkara yang tidak di ingini.

    Kenapa setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga perlu menyediakan Insurance Perlindungan Diri

    Apabila berlaku perkara yang tidak diduga, perlindungan kewangan ini dapat menampung kos pengebumian dan segala kos yang berkaitan dengannya.

    • Ia juga dapat mengantikan pendapatan bulanan anda.
    • Ia dapat menyediakan simpanan kewangan bagi tujuan pembelajaran anak anda.
    • Ia dapat memberi perlindungan kepada rumah anda. Melalui pembayaran hutang perumahan.

    Jenis insurance kesihatan yang anda perlukan.

    1) Sejarah penyakit keluarga.

    Menyediakan manfaat bagi kemasukan ke hospital dan pembedahan.

    2) Berisiko rendah / gaya hidup

    Menyediakan manfaat secara sekaligus.

    3) Berisiko tinggi/ persekitaran

    Sebagai pengganti pendapatan apabila anda tidak mampu bekerja.

    4) Pendapatan tunggal isi rumah.

    Menyediakan sejumlah wang tertentu secara harian, mingguan atau bulanan jika anda berada di hospital.

    Apabila anda hidup bersendirian dan tidak punya anak, anda mungkin merasakan kepentingan yang amat sikit mengenai Insurance Perlindungan Diri kerana tidak ada orang lain yang bergantung kepada pendapatan anda. Namun ianya adalah 1 tanggapan yang salah! Ini adalah kerana, apabila berlaku sesuatu kepada anda, ia boleh merosakkan simpanan kewangan anda dan melumpuhkan usaha anda untuk terus mencari pendapatan.

    Jika anda telah berkahwin dan mempunyai tanggungan kewangan, seperti pasangan yang tidak bekerja dan tinggal di rumah, anda perlu berbincang dengan pasangan anda mengenai apa yang akan berlaku kepada kehidupan anda dan pasangan apabila berlaku perkara yang tidak di duga ini. Insurance 
    Perlindungan Diri yang mencukupi boleh memberikan perlindungan terbaik untuk anda dan keluarga!

    Insurance perubatan juga sangat penting. Dengan peningkatan taraf hidup, bayaran perubatan juga semakin meningkat. Individual medical policies juga harus menjadi satu pilihan bagi pasangan suami isteri. Pasangan muda harus membuat pemerhatian bagi polisi yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan, yang dicipta khusus untuk golongan muda.

    Dan akhir sekali, pastikan anda dan pasangan anda dilindungi secukupnya yang akan membantu anda mengekalkan hubungan anda dalam keadaan sihat mahupun sakit.

    No comments:

    Post a Comment